Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans/Takaful Motosikal - Cukai Jalan

Bahasa Malaysia | English

1) Bagaimanakah cara untuk saya semak sama ada Cukai Jalan telah dimasukkan dalam pembelian saya?


 

2) Di mana saya boleh menyemak status pembaharuan cukai jalan saya secara dalam talian dan mengakses cukai jalan saya?

Anda boleh menyemak status pembaharuan cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ, yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

(a) Selepas memasang aplikasi pada peranti mudah alih anda, daftar akaun baharu dengan mengklik butang "Daftar Akaun Baharu".

(b) Lengkapkan borang yang diberikan dengan memasukkan butiran peribadi anda dan membuat kata laluan.
(c) Selepas akaun anda disediakan, log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan di halaman utama aplikasi.
(d) Untuk mengakses cukai jalan digital anda, klik ikon 'Profil' di bahagian bawah halaman.
(e) Pilih tab "Cukai Jalan" untuk melihat salinan digital cukai jalan anda.

 

3) Adakah saya akan menerima Cukai Jalan fizikal?

Untuk pemegang MyKad (IC Malaysia): Tidak. Anda tidak akan menerima Cukai Jalan fizikal. Semua Cukai Jalan yang dibeli melalui Shopee hanya dikeluarkan secara digital. Sila muat turun dan log masuk ke aplikasi MyJPJ untuk melihat Cukai Jalan digital anda.

Untuk pemegang pasport: Disebabkan anda menggunakan pasport, anda tidak boleh mendaftar pada aplikasi MyJPJ. Anda boleh hubungi rakan kerjasama kami di +603 7491 0102 (Isnin–Jumaat, 10 pagi – 7 malam) atau emel ke general@myroadtax.store untuk meminta salinan cetakan fizikal Cukai Jalan anda dan penghantaran ke alamat berdaftar anda. Perkhidmatan ini tertakluk kepada caj penghantaran tambahan (RM15 untuk Sabah & Sarawak, RM18 untuk Semenanjung Malaysia).

 

4) Bolehkah saya memperbaharui insurans/takaful motosikal sahaja tanpa memperbaharui cukai jalan?

Ya, anda boleh memperbaharui insurans/takaful motosikal sahaja. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan melalui platform Shopee selepas memperbaharui insurans motosikal anda.

 

5) Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan sahaja?

Tidak, anda hanya boleh memperbaharui cukai jalan bersama insurans/takaful motosikal anda melalui platform Shopee sahaja.

 

6) Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan jika saya mempunyai saman tertunggak?

Ya, anda masih boleh memperbaharui cukai jalan anda, tetapi kami mencadangkan anda menyelesaikan saman sebelum disenarai hitam.

 

7) Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan jika saya mempunyai saman disenarai hitam?

Tidak, anda tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan sehingga anda menyelesaikan semua saman disenarai hitam.

 

8) Apa yang boleh saya lakukan jika saya menerima cukai jalan yang salah?

Anda boleh menghubungi rakan kongsi cukai jalan kami di +603 7491 0102 (Isnin-Jumaat dari 10 pagi hingga 7 petang) atau emel ke general@myroadtax.store untuk penghantaran semula cukai jalan yang betul kepada anda.

 

9) Apa yang boleh saya lakukan jika cukai jalan saya tidak diperbaharui dalam masa 5 hari bekerja? 

Anda mungkin tidak menerima cukai jalan anda tepat pada waktunya kerana sebab-sebab berikut:

(a) Cukai Jalan Disenarai Hitam oleh JPJ;
(b) Percubaan Penghantaran Rakan Kongsi Cukai Jalan Gagal;
(c) Butiran Kenderaan Tidak Betul; atau
(d) Butiran Penghantaran Tidak Betul.

Anda boleh menghubungi rakan kongsi cukai jalan kami di +603 7491 0102 (Isnin-Jumaat dari 10 pagi hingga 7 petang) atau emel ke general@myroadtax.store.

 

Sila berikan maklumat berikut untuk mempercepatkan proses:

(a) Nombor Kenderaan;
(b) No Kad Pengenalan; dan
(c) Tarikh Luput Insurans.

 

10) Mengapa saya perlu membuat bayaran tambahan atau menerima bayaran balik sebahagian selepas membuat pembayaran cukai jalan?

Rakan perkhidmatan kami mungkin akan menghubungi anda untuk meminta bayaran tambahan minimum atau memberikan bayaran balik sebahagian cukai jalan kerana terdapat perbezaan sedikit antara pembayaran awal dan jumlah yang diminta oleh JPJ. Ini disebabkan oleh perbezaan kos cukai jalan berdasarkan kapasiti enjin (CC) motosikal anda.


Perkara ini berlaku disebabkan oleh perbezaan kos cukai jalan berdasarkan kapasiti enjin (CC), jenis badan kenderaan, dan lokasi geografi kenderaan anda.

11) Bolehkan saya membatalkan cukai jalan saya? Dan apakah langkah-langkah untuk membatalkan cukai jalan tersebut?

Permohonan pembatalan dan bayaran balik/pulangan perlu disemak berdasarkan kes demi kes oleh rakan kongsi cukai jalan kami. Sebab-sebab umum untuk pembatalan termasuk:

(a) Pertukaran pemilikan kenderaan; dan
(b) Pertukaran jenis insurans.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

(a) Hubungi rakan niaga cukai jalan kami di +603 7491 0102 (Isnin–Jumaat dari 10 pagi hingga 7 malam) atau e-mel ke general@myroadtax.store untuk membuat permohonan pembatalan.
(b) Rakan perkhidmatan kami akan menghantar borang pemulangan wang melalui e-mel.
(c) Isikan borang pemulangan wang tersebut dan hantarkan kepada rakan niaga kami untuk semakan.
(d) Wang akan dikreditkan ke akaun bank anda (yang dinyatakan dalam borang pemulangan) dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas borang tersebut disemak dan diluluskan. 


Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied